Anda di sini:

Tan Sri Ahmad Kamil Bin Jaafar

 

Tan Sri Ahmad Kamil bin Jaafar dilahirkan pada 27 Ogos 1937 di Kulim, Kedah. Beliau mendapat pendidikan menengah awal di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam pada tahun 1946 sehingga 1957. Kemudian, beliau menyambung pengajian di Maktab Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1957. Pada tahun 1959, beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1962.

Kerjaya :

  • Perkhidmatan Pentadbiran dan Diplomatik (1962)
  • Setiausaha Kedua dan seterusnya sebagai Setiausaha Pertama di Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok,Thailand. (1963)
  • Setiausaha Pertama Kedutaan Besar Malaysia di Republik Persekutuan Jerman(1967)
  • Counselor Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura(1968)
  • Ketua Pengarah Sekretariat ASEAN di Kementerian Luar Negeri dan Pengarah General ASEAN (1970)
  • Timbalan Wakil Tetap Malaysia dan Perwakilan Tetap Malaysia di New York (1970)
  • Menteri Kedutaan Besar Malaysia di Thailand, Bangkok. (1975)
  • Setiausaha Bahagian Politik di Kementerian Luar Negeri (1976)
  • Duta Besar Kedutaan Besar Malaysia di Republik Sosialis Vietnam, Hanoi. (1978)
  • Duta Malaysia ke Jepun
  • Duta Besar ke Switzerland merangkap wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di Geneva(1980)
  • Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri. (1980)


Beliau pernah dilantik sebagai wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1980.
Tan Sri Ahmad Kamil dipertanggungjawab menguruskan perkara-perkara bersangkutan "Conventional Diplomacy'; iaitu berkaitan hubungan dua hala antara Malaysia dan negara luar. Beliau turut bertindak sebagai orang tengah untuk mencari penyelesaian atau jalan keluar daripada sesuatu masalah di samping menjalinkan hubungan baru di beberapa buah negara. Aspek-aspek kebajikan juga dititikberatkan seperti memberi bantuan dari segi keselamatan kepada negara-negara yang mempunyai masalah dalam 'Conventional Diplomacy'.

Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya beliau telah dianugerahkan oleh kerajaan pingat dan darjah kebesaran iaitu Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) pada tahun 1975, Johan Mangku Negara (J.M.N.) pada tahun 1980, Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (D.P.C.M.) pada tahun 1982, Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) pada tahun 1988, Darjah Panglima Setia DiRaja (P.S.D.) pada tahun 1989, Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) pada tahun 1992, 'The Most Exalted Order of The White Elephant' dari kerajaan Thailand, 'The Grand Cordon of The Order of The Rising Sun', 'Commander of The Nasional Order of Merit' pada tahun 1998 dan 'Commander of The Legion of Honour' pada tahun 1999.

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.