|
Dato' Dr. Affifuddin Hj Omar dilahirkan pada
27 Mac 1943 di Kampung Kubang Lembu, Mukim Jitra. Beliau mendapat
pendidikan awal di Sekolah Melayu Jitra dari tahun 1949 sehingga
tahun 1952 hingga tamat darjah empat. Seterusnya, beliau meneruskan
pendidikan menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star dan
lulus HSC dalam bidang sains. Pada tahun 1963, beliau melanjutkan
pengajiannya di Universiti Malaya dalam bidang Sains Pertanian dan
memperolehi Sarjana Muda Sains Pertanian. Selepas itu, pada tahun
1969 beliau meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana di Universiti
of Kentucky, Amerika Syarikat dalam bidang Pembangunan Ekonomi dan
Sosial sehingga tahun 1971. Pada tahun 1976, beliau telah melanjutkan
pengajiannya di peringkat ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang
Ekonomi-Politik daripada Universiti Cornell, New York sehingga tahun
1978.
Kerjaya :
- Agromist (Ahli Sains) di Jabatan Pertanian Malaysia (1967-1969)
- Ketua Bahagian Perancangan, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
(MADA) (1976)
- Pakar rujuk kepada Bank Dunia(1972)
- Pakar rujuk kepada Bank Pembangunan Asia di Manila (1973)
- Ketua Bahagian Pertanian MADA. (1979)
- Pengurus Besar KEDA
- Pengerusi Bank Rakyat dan anak-anak syarikatnya(1991)
- Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan Malaysia(1994)
- Timbalan Menteri Kewangan. (1995-1999)
- Timbalan Menteri Sumber Manusia(1999)
- Pengerusi Eksekutif Juwana Holdings Sdn. Bhd.
- Lembaga Pengarah Koperasi Usaha Berhad (KUB)
- Pengerusi Chew Piau Berhad
- Pemeriksa luar kepada mahasiswa yang membuat ijazah di peringkat
sarjana (Ph.D) di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia
dan Universiti Putra Malaysia
Penglibatan Dalam Politik:
- Memenangi kerusi parlimen Padang Terap di dalam Pilihanraya
Umum (1986)
- Ketua UMNO Daerah Padang Terap (1990)
- Pengerusi Barisan Nasional Daerah Padang Terap
- Ahli Majlis Tertinggi UMNO bagi penggal 1993/1996
Dalam bidang penulisan sebanyak 27 karya telah
dihasilkan dan tujuh daripadanya pernah diterbitkan dalam majalah-majalah
ilmiah antarabangsa seperti Rural Sociology, Ekonomi dan
sebagainya.
Kepakaran beliau di dalam bidang pertanian melayakkan
beliau menerima anugerah Fellow of Agricultural Development Council
II dan Fellow of UN Socioeconomic Development Institute.
Di atas sumbangan dan jasa baktinya yang telah disumbangkan kepada
bangsa dan negara beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran
iaitu Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K.), Kesatria Mangku Negara (K.M.N.),
Johan Setia Mahkota (J.S.M.) dan Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.)
yang membawa kepada gelaran Dato'.
|