|
Tan Sri Dr. Haji Abdul Hamid b. Haji Othman dilahirkan
pada 21 Julai 1939 di Kampung Kemelong, Mukim Sik, Kedah. Beliau mendapat
pendidikan awal di Sekolah Melayu Sik sehingga tamat darjah lima pada
tahun 1952. Kemudiannya menyambung pelajarannya di sekolah berpengantar
Bahasa Arab di Madrasah AI-Nahdah Bukit Besar sehingga tahun 1954.
Di bawah asuhan Tuan Shaik Othman Al-Yunusi atau lebih dikenali sebagai
'Pak Man Bukit Besar' ini, beliau telah terpilih untuk menyambung
pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Madrasah Idrisiah Kuala
Kangsar, Perak sehingga tahun 1956.
Kecemerlangannya sebagai pelajar telah membuka
peluang kepada beliau untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Islam
Kelang pada tahun 1959 sehingga tahun 1962 dan berjaya memperolehi
Sijil Tinggi Agama dan Diploma Pendidikan. Tan Sri Hj Abdul Hamid
juga berjaya memperolehi 'Lower Certificate of Education'
dan Sijil Senior Cambridge secara persendirian. Pada tahun 1961,
beliau telah terpilih mendapat tawaran pertama biasiswa Kerajaan
Malaysia untuk belajar di Universiti AI-Azhar bersama empat orang
lagi pelajar Malaysia di dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perundangan
Islam.
Tan Sri Hj Abdul Hamid b. Hj Othman kemudiannya
telah ditawarkan biasiswa di bawah Skim Latihan Tenaga Pelajar Universiti
Kebangsaan Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di University of
St. Andrew, Scotland dan memperolehi Ijazah Ph.D.
Kerjaya:
- Guru di Sekolah Menengah Tunku Ampuan Rahimah Kelang
- Beliau telah ditukarkan untuk mengajar di Kolej Islam Kelang
(1970-1971)
- Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia
- Beliau dengan rasminya dilantik menjadi Pengetua Maktab Perguruan
Islam yang pertama (1977)
- Beliau telah diberi mandat untuk menjawat jawatan sebagai Pengarah
Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan(1981-1984)
- Mengetuai Pusat Islam Malaysia di Jabatan Perdana Menteri sebagai
Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Islam.
- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
- Penasihat Agama kepada Perdana Menteri
Penglibatan Politik :
- Memenangi Pilihanraya Kebangsaan (1990)
- Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional
:
- Pengerusi Koperasi Muslimin
- Setiausaha Yayasan Nadwah, Akademi Islam (NADI) Berhad
- Pengerusi Jemaah Hakim Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan dan
Antarabangsa
Mempunyai kegemaran bermain golf dan membaca,
serta aktif dalam bidang penulisan. Sebagai mengenang sumbangan
dan jasa bakti beliau terhadap negara beliau dianugerahkan pingat
dan darjah kebesaran iaitu P.P.T., K.M.N., J.S.M., S.M.G., D.S.D.K
yang membawa gelaran Dato', D.H.M.S dan P.S.M yang membawa gelaran
Tan Sri.
|