|
Tan Sri Dato' Mohamad
Khir Johari dilahirkan
di Kampung Kanchut,
Alor Star, Kedah pada 29 Januari 1923
di dalam
sebuah keluarga yang
sederhana. Beliau mendapat pendidikan
di Kolej
Sultan Abdul Hamid,
Alor Star Dan lulus 'Senior
Cambridge'.
Kerjaya :
- Menteri Pelajaran
yang pertama (31 Ogos 1957-1960)
- Menteri Perdagangan
dan Industri (1960-1964)
- Menteri Pertanian
(1964-1966)
- Menteri Pelajaran
(1966-1968)
- Menteri Perdagangan
dan Industri (1968-1973)
- Mengetuai rombongan
Malaya ke Persidangan UNESCO di Paris
(1958)
- Presiden
Persidangan Jawatankuasa Kerja
Pembangunan Semula
Kawasan Luar Bandar
Afro-Asia (1964)
- Mengetuai rombongan
Malaysia ke upacara Pembukaan
Persidangan
Peringkat
Menteri-Menteri bagi kerjasama Asia
dan Pasifik (ASPAC)
di Seoul, Korea
(1966)
- Duta Besar Malaysia
di Amerika (Februari 1973)
- Duta Besar di
Bangsa-Bangsa Bersatu, New York
(1973-1976)
- Presiden
'Malaysia Institute of
Directors'
- Naib Pengerusi
Magnum Corporation Berhad
Penglibatan
Pertubuhan Sosial dan Profesional
:
- Presiden 'World
Wide Fund for Nature Of Malaysia'
(WWF)
- Presiden Persatuan
Zoologikal Malaysia
- Presiden PATA
(1971/1972)
- Ahli Lembaga
Pemegang Amanah Yayasan Tunku Abdul
Rahman
- Timbalan Presiden
Majlis Olimpik Malaysia
- Presiden Persatuan
Badminton Malaysia
- Presiden Penaja
Persatuan Sepak Takraw Malaysia
selama 15 tahun
- Naib Yang Dipertua
Gabungan Persatuan Badminton
Asia
- Presiden Soft
Tennis Association Of Malaysia
(STAM) (1994)

Beliau
seringkali diberi kepercayaan
menjadi wakil
Malaysia di peringkat
antarabangsa.
|
 |
Bagi
menghargai sumbangan dan jasa
baktinya, beliau
telah dianugerahkan
Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang
oleh Universiti
Malaya pada tahun 1966,
Ijazah Kehormat Pendidikan dan Sains
oleh
De La Salle College,
Manila pada tahun 1967, Senatorship
oleh 'Junior
Chamber
International' pada tahun 1967,
'Langkawi Award - The
Highest Tribute To
Individual Malaysians for Outstanding
Contributions
In The Environmental
Field' pada tahun 1995 dan
'Member of
Honour of the
International WWF Network'.
Beliau turut dianugerahkan
darjah kebesaran Panglima
Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa
gelaran
Tan Sri, Dato' Setia
DiRaja Kedah (D.S.D.K) yang membawa
gelaran Dato'
dan P.M.N
Tan Sri Dato' Mohamad Khir Johari telah kembali ke rahmatullah pada 20 November 2006 dikala berusia 83 tahun. |