| |
Dato'
Paduka Abdul Kadir Syeikh Fadzir
dilahirkan
pada 4 Jun 1939 di
Kampung Tawar, Kulim, Kedah. Beliau
mendapat pendidikan
rendah di Sekolah Melayu
Tawar dari tahun 1946 sehingga 1949
dan mendapat
pendidikan menengah di
Sekolah Menengah Sultan Badlishah,
Kulim dari
tahun 1950 sehingga 1957.
Seterusnya pada tahun 1968, beliau
meneruskan
pengajian di Lincoln's
Inn, London dan berjaya memperolehi
Ijazah
dalam bidang Perundangan
pada tahun 1970.
Kerjaya :
- Guru di Sekolah Inggeris Serdang (1958)
- Guru di Sekolah Kebangsaan Baling (1958-1960)
- Kerani di Jabatan Kerja Raya, Alor Star ( 1960-1963)
- Perkhidmatan Luar Negeri (Branch B) sebagai Pegawai Kerja Am di Kementerian Luar Negeri (1963-1964)
- Setiausaha Ketiga Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Karachi Pakistan (1964-1965)
- Setiausaha Ketiga di Kedutaan Besar Malaysia, Saigon Vietnam (1966-1968)
- Setiausaha Politik kepada Menteri Kebajikan Am (1971-1974)
- Peguam dan juga Rakan Perkongsian firma Guaman "Hisham, Sobri dan Kadir" (1974-1982)
- Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri (1982)
- Timbalan Menteri Luar Negeri (1983)
- Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri (1990)
- Timbalan Menteri Sumber Manusia (1995)
- Timbalan Menteri Dalam Negeri (1999)
- Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (1999)
- Pengerusi, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (1999)
- Menteri Penerangan (2004)
Penglibatan
Politik :Penglibatan Politik :
- Presiden Kelab UMNO, United Kingdom (1969-1970)
- Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah (1970 - 1976)
- Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Serai (1978)
- Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu (1978)
- Ketua Pemuda UMNO Kedah (1978 - 1980)
- Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu (1984 - 1987)
- Menyertai Ahli UMNO Baru (1988)
- Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1988)
Penglibatan
pertubuhan Sosial dan Profesional
:
- Setiausaha Agong,
Pertubuhan Setiakawan rakyat
Afro-Asia (Malaysia)
- Pengerusi,
Persatuan Bekas Penuntut Sekolah
Menengah Sultan
Badlishah, Cawangan
Wilayah Persekutuan / Selangor
- Penaung, Lembaga
Kebajikan Anak-Anak Yatim Daerah
Kulim
Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran oleh kerajaan antaranya Ahli Mangku Negara (A.M.K.) pada tahun 1992, Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) yang membawa gelaran Dato' oleh KDYMM Sultan Kedah pada tahun 1986, Pingat Gagah Darjah Kinabalu (P.G.D.K) dan Dato' Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (D.H.M.S.) yang membawa gelaran Dato' Paduka Dato' oleh KDYMM Sultan Kedah. Selain itu, beliau turut dianugerahkan 'Tokoh Pelancongan Terbaik bagi tahun 2001' oleh Persatuan Penulis Pelancongan Kawasan Pasifik (PATWA) di Berlin. Beliau telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Penerangan pada tahun 2005.
|
|