|
Dato' Abu Bakar Bin Taib dilahirkan pada 21 Mac 1943
di Kampung Raja, Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi, Kedah. Menerima
pendidikan rendah di Sekolah Mukim Padang Matsirat, Langkawi, Kedah
dan pendidikan menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star,
Kedah. Meneruskan pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi di
Universiti Malaya pada tahun 1965 sehingga 1969 sehingga dianugerahkan
Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian. Seterusnya, beliau menyambung
pengajiannya di peringkat Sarjana di Australia National University
di dalam bidang Ekonomi (Agricultural Development).
Kerjaya:
- Pegawai Pertanian Daerah Krian (1969-1971)
- Pegawai Pertanian Daerah Larut Matang dan Selama (1971-1973)
- Pengarah Pertanian Negeri Perlis (1973-1976)
- Timbalan Ketua Bahagian Pertanian di Lembaga Kemajuan Pertanian
Muda (MADA) (1976-1978)
- Pegawai Tadbir MADA (1976-1990)
- Pengarah Urusan Yayasan Amanah Saham Anak Langkawi (ASAL).
- Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian (11 Mei 1995- kini)
Penglibatan Politik :
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuah (1990)
- Exco Negeri Kedah memegang jawatan sebagai Pengerusi Pembangunan
Pertanian dan Luar Bandar
- Ketua UMNO Bahagian Langkawi
- Ahli jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah (1995)
- Pengerusi UMNO cawangan Kampung Raja / Kampung Atas. (1991-
kini)
Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional :
- Penasihat 'Women Institution of Langkawi' (WI), cawangan
Langkawi
- Penasihat Koperasi Pekebun-Pekebun
- Ahli Kedah Royal Club
- Ahli Jemaah Dato'- Dato' Negeri Kedah
- Ahli Sultan Abdul Hamid Old Collegians Association (SAHOCA
).
Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan oleh kerajaan pingat dan darjah kebesaran, iaitu P.J.K., B.C.K., S.D.K., K.M.N. dan D.S.D.K yang membawa gelaran Dato'. |