Anda di sini:

YB. Senator Dato' Zainuddin Maidin

 
Senator Dato' Zainuddin Maidin dilahirkan pada 26 Jun 1939 di Kota Kuala Muda, Kedah. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Maktab Mahmud di Alor Star, Kedah. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Institute of Journalism, Berlin pada tahun 1969 dan selepas itu, di University of Michigan pada tahun 1981.

Kerjaya :

  • Pemberita Sambilan di Alor Star pada usia 19 tahun
  • Pemberita Tetap Utusan Melayu
  • Ketua Pemberita Utusan Melayu
  • Pengarang Berita Utusan Melayu
  • Pengarang Utusan Melayu
  • Ketua Pengarang Utusan Melayu (M) Bhd (1982 hingga 1992)
  • Wakil Utusan di London
  • Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan
  • Pengerusi Eksekutif Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd
  • Anggota Lembaga Pengarah Kumpulan Utusan
  • Pengerusi dan Penasihat Keluarga Kumpulan Utusan Melayu (BKUM) (1980)
  • Pengarang Buku "Mahathir Di Sebalik Tabir" (Terjemahan Bahasa Cina, Inggeris dan Tamil)
  • Pengarang Buku "Jejak Bertapak Seorang Patriot"
  • Pengarang Buku "Yang Pertama dan Terakhir dan Yang Terbaik daripada Awang Selamat"
  • Anggota Dewan Negara (1998)
  • Setiausaha Parlimen, di Kementerian Penerangan Malaysia
  • Timbalan Menteri Penerangan

Persatuan dan Pertubuhan Sosial :

  • Presiden NUJ (1968 hingga 1970)
  • Ahli Jawatankuasa Induk Kongres Cendiakawan Melayu

Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan oleh kerajaan pingat dan darjah kebesaran, iaitu Ahli Mahkota Pahang (A.M.P.), Ahli Mahkota Kedah (A.M.K.), Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.), 'Profesional Journalism Fellowship' oleh University of Michigan dan Dato' Paduka Mahkota Kedah (D.P.M.K) oleh KDYMM Sultan Kedah pada tahun 2006.

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.