| |
Tan Sri Abdul Halim Ali berasal dari Jitra,
Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid,
Alor Setar selama 6 tahun. Pada tahun 1959, beliau menyambung pelajarannya
di Maktab Tentera DiRaja (RMC). Setelah tamat pengajiannya di RMC,
beliau melanjutkan pelajarannya ke Universiti Malaya dan memperolehi
Ijazah B.A. (Kepujian ) dalam bidang Sejarah pada tahun 1965.
Kerjaya :
- Penolong Setiausaha, Kementerian Luar Negeri (1966)
- Diplomat
- Setiausaha Kedua, Pesuruhjaya Tinggi New Delhi,
India (1968 - 1972)
- Konsul Konsulat Malaysia di Medan Indnesia (1972
-1975)
- Penasihat Kedutaan Malaysia di Tokyo, Jepun (1975
- 1976)
- Timbalan Wakil Tetap Misi Malaysia ke Persatuan
Bangsa-Bangsa Bersatu di New York (1979 - 1982)
- Duta Malaysia ke Republik Sosialis Vietnam (1982
- 1985)
- Timbalan Ketua Setiausaha I, Kementerian Luar Negeri
(Mei 1991 - 27 Ogos 1996)
- Ketua Setiausaha, Kementerian Luar Negeri (28 Ogos
1996 - 16 September 1996)
- Ketua Setiausaha Negara (17 September 1996 - 31
Januari 2001)
- Pengerusi Lembaga Kumpulan Wang simpanan Pekerja
(KWSP) - (1 Februari 2001)
- Pengerusi Malaysia Development Corporation
Sdn. Bhd (MDC) - ( 2003)
Semasa beliau memegang jawatan sebagai Ketua
Setiausaha Negara, beliau terlibat secara langsung dalam usaha-usaha
memajukan lagi Perkhidmatan Awam supaya menjadi lebih cekap dan
memberi perkhidmatan yang terbaik serta berkualiti kepada negara
dan rakyat keseluruhannya. Tan sri Halim juga terlibat dalam usaha-usaha
bagi menentukan semua keputusan dan arahan Kerajaan dapat dilaksanakan
dengan sempurna oleh semua agensi kerajaan, memandangkan pada masa
sekarang pihak kerajaan sedang giat menubuhkan sistem Kerajaan Elektronik
di mana melalui penggunaan IT dan Teknologi Multimedia, perkhidmatan
dapat diberikan dengan lebih cepat pada bila-bila masa.
Selain menyumbangkan jasanya di dalam bidang
pentadbiran awam, beliau turut dilantik memegang jawatan sebagai
Pengerusi di pelbagai syarikat korporat antaranya :
- Pengerusi Malaysia Building Society Bhd. (MBSB)
- Pengerusi Cycle & Carriage Bintang Bhd.
- Pengerusi Malakoff Bhd.
- Pengerusi Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti
(BPPSM)
- Pengarah Esso Malaysia Bhd. dan Cycle &
Carriage Limited
Bagi mengenang sumbangan dan jasa baktinya,
beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya
Panglima Mangku Negara (P.M.N) pada 7 Jun 1997, Panglima Jasa Negara
(P.J.N) pada 1 jun 1996, Seri Setia Paduka Mahkota Selangor (SPMS)
pada 8 Mac 1997 dan Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh DYMM Seri
Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. 
|
|