|
Dato' Haji Fadzil bin Mohd Noor dilahirkan pada
13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, Alor Star, Kedah. Beliau
yang lebih mesra dipanggil Ustaz Fadzil merupakan tokoh ulama yang
disegani. Sejarah awal pendidikan Dato' Haji Fadzil bermula di sekitar
1946. Pada ketika itu beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah
Melayu Derga, Alor Star, Kedah sehingga tahun 1949. Kemudiannya
beliau menyambung pelajaran ke Maktab Mahmud, Alor Star sehingga
tahun 1962. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang
Perundangan Islam (Syari'ah) di Universiti Al-Azhar, Mesir.
Penglibatan Politik
- Yang DiPertua PAS kawasan Kuala Kedah
- Ahli Perhubungan PAS Kuala Kedah
- Exco PAS Kedah
- Naib Yang DiPertua PAS Pusat (1981-1983)
- Timbalan Yang DiPertua PAS Malaysia (1983)
- Yang DiPertua PAS Malaysia (1989)
- Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN Anak Bukit)
- Ahli Parlimen kawasan Pendang (29 November 1999 - 23 Jun 2002)
Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional
- Setiausaha Kesatuan Melayu Republik Arab Bersatu
- Timbalan Presiden Kesatuan Melayu Republik Arab Bersatu (1967)
- Setiausaha Penerangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) (1973-1974)
- Presiden Angkatan Belia Malaysia (ABIM) (1974-1978)
- Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (1974)
Beliau sering dijemput untuk menghadiri pelbagai
persidangan Islam di peringkat antarabangsa sekitar tahun 1974,
1976, 1979. Antaranya ialah Seminar Belia Islam Antarabangsa di
Riyadh, Arab Saudi, Persidangan Perpaduan Umat di Pakistan pada
tahun 1988 dan Persidangan Pembebasan Al-Quds di Amerika. Dato'
Haji Fadzil Mohd Noor telah kembali ke Rahmatullah pada 23 Jun 2002.
Bagi menghargai jasa dan sumbangannya terhadap negeri Kedah, beliau
telah dianugerahkan bintang dan darjah kebesaran iaitu Dato' Setia
DiRaja Kedah (D.S.D.K.) yang membawa gelaran Dato'.
|