Anda di sini:

Tuan Haji Abdul Hamid Bin Abdullah

 

Tuan Hj Abdul Hamid b. Abdullah telah dilahirkan pada tahun 1920. Beliau mendapat pendidikan awal di Government English School yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid di Alor Star. Pada tahun 1939, Tuan Hj Abdul Hamid telah mendapat biasiswa Kerajaan Negeri Kedah untuk melanjutkan pelajarannya di University of Cambridge, England di dalam bidang Kejuruteraan. Selain daripada beliau, terdapat dua orang lagi anak Melayu yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran iaitu Tengku Mohd Saad dan Tan Sri Yusof Ibrahim. Mereka merupakan antara perintis jurutera Melayu negara. Tuan Hj Abdul Hamid menjadi terkenal kerana hasil tulisan beliau di dalam akhbar 'Times London' yang mengecam Malayan Union. Beliau juga merupakan seorang yang aktif di dalam SABERKAS

Kerjaya

  • Pernah berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya (JKR)
  • Ahli Suruhanjaya Keretapi Tanah Melayu
  • Pegawai tentera di dalam pasukan Force 136 (Ogos 1945)

Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional

  • Aktif dalam Persatuan Siswazah Melayu United Kingdom
 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.