| |
Encik Shaari bin Isa dilahirkan pada 18 April
1933 di Bedong, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah
Melayu, Sungai Petani dan seterusnya menyambung pendidikan menengah
di Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani. Pada tahun 1954, beliau
menyambung pelajarannya dengan mengikuti kursus perguruan di Maktab
Perguruan Kirkby, England. Seterusnya pada tahun 1966, beliau telah
meneruskan pengajiannya di Victoria University Wellington, New Zealand
dan memperolehi Ijazah B.C.A (Accountancy) dan Diploma Pentadbiran
Perniagaan. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di University
of Waikato, Hamilton, New Zealand dan dianugerahkan Ijazah Ph.D
dalam bidang Perakaunan.
Kerjaya
- Guru sementara, Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani (1953)
- Penolong Pensyarah Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim
(1955-1962)
- Penolong Pengarah, Kementerian Pelajaran (1967-1985)
- Bendahari Universiti Utara Malaysia (UUM), (1985)
- Pensyarah Perakaunan, Universiti Islam Antarabangsa
- Kini beliau berkhidmat sebagai Pensyarah Perakaunan di Universiti
Malaya
Encik Shaari bin Isa juga telah menghasilkan
25 buah buku akademik serta buku-buku kreatif yang terdiri daripada
10 buah novel, buku-buku perakaunan, perdagangan, cerpen serta beberapa
artikel yang dimuatkan dalam jurnal di dalam dan di luar negara.
Antara hasil karya beliau yang terkenal ialah 'Lepaskan aku kembali
ke laut I', 'Lepaskan aku kembali ke laut II' dan 'Lepaskan aku
kembali ke laut III'. Jilid pertama buku tersebut mengandungi 163
muka surat dan telah diperakui sebagai novel terpanjang di Malaysia.
Selain itu, beliau turut menghasilkan karya yang bertajuk 'Kampung
Kirkby', 'Aku Tak Rela Diperhambakan', 'Berbasikal ke Artik' dan
'Projek PLS'.
|
|