Anda di sini:


Dato' Wira Syed Zain bin Syed Abdullah

 

[Klik untuk melihat gambar besar]

Dato' Wira Haji Syed Zain Bin Syed Abdullah dilahirkan pada 28 Ogos 1946 di Kampung Setali, Mukim Padang Perahu, Kubang Pasu, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Petani pada tahun 1951, Sekolah Melayu Jitra pada tahun 1952, Sekolah Melayu Kepong, Sekolah Melayu Jeniang pada tahun 1954 dan Special Malay Class I dan II. Beliau telah menyambung pendidikan menengahnya di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star dari tahun 1959 sehingga tahun 1965. Kemudian beliau meneruskan pengajiannya di Universiti Malaya pada tahun 1966 sehingga memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Melayu)

Kerjaya :

  • Penolong Pemungut Hasil Tanah II Daerah Kota Setar (1969)
  • Penolong Pemungut Hasil Tanah I Daerah Kota Setar
  • Penolong Pemungut Hasil Tanah Daerah Sik dan Pendang
  • Penolong Setiausaha Kerajaan B
  • Pemungut Hasil Tanah Daerah Baling
  • Pendaftar Surat-Surat Hakmilik Pejabat Pengarah Tanah dan Galian
  • Pemungut Hasil Tanah Daerah Kota Setar
  • Pegawai Daerah Bandar Baharu
  • Pegawai Daerah Sik
  • Pegawai Daerah Kubang Pasu
  • Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah
  • Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran)
  • Pengarah Tanah dan Galian
  • Pegawai Kewangan Negeri Kedah

Bagi mengenang sumbangan dan jasa bakti selama berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Kedah, beliau telah dianugerahi pingat dan darjah kebesaran antaranya Darjah Kebesaran Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (D.G.M.K.), Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K) yang membawa gelaran Dato'., Johan Setia Mahkota (J.S.M), Setia Diraja Kedah (S.D.K.), Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K.), dan B.P.L.

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.