| |
Dato' Hj Nor Aman B. Hj Raffii telah dilahirkan pada 30 Januari
1939 di Sungai Petani, Kedah. Beliau menerima pendidikan awal di
Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1946. Kemudian beliau meneruskan
persekolahannya di sekolah Melayu Sungai Petani dari tahun 1946
hingga 1949. Dato' Hj Nor Aman meneruskan pengajiannya di Sekolah
Ibrahim Sungai Petani dari tahun 1950 hingga tahun 1956 dan kemudiannya
ke Kolej Sultan Abdul Hamid dari tahun 1957 hingga 1959.
Dato' Hj Nor Aman menyambung pengajiannya ke Universiti Malaya
pada tahun 1960 dan memperolehi Ijazah pada tahun 1963. Seterusnya
pada tahun 1970, beliau menyambung pelajarannya ke Canada dan memperolehi
Diploma Pentadbiran Awam.
Kerjaya :
- Pegawai Tadbir
- Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Pendang
- Penolong Pegawai Daerah Kuala Muda
- Penolong Pegawai Daerah 1 Kuala Muda
- Penolong Pengarah Tanah Kedah
- Penolong Setiausaha Kerajaan (Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
- Pegawai Daerah Bandar Baharu
- Pegawai Daerah Kubang Pasu
- Pegawai Daerah Kota Setar
- Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani
- Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Setar
- Timbalan SUK (Pembangunan)
Pertubuhan dan Persatuan Sosial :
- Council Member, University of Malaya, Student Union (1961 -
1962)
- Pengerusi Old Boys Association, Ibrahim School Sungai Petani
(1965 - 1975)
- Presiden Persatuan Lumba Basikal Kedah (1966-1982)
- Bendahari Majlis Sukan Negeri (1968)
- Naib Yang Dipertua Majlis Sukan Negeri (1977-1984)
- Naib Presiden Persatuan Lumba Basikal Malaysia (1978- 1981)
- Ahli Jawatankuasa PERKIM Kedah (1988)
- AJK Khari'ah Masjid Sultanah Kedah
- Ahli Lembaga Tadbir Maahad Tarbiah Islamiah, Derang, Kedah
Dato' Nor Aman juga telah dianugerahkan beberapa pingat kebesaran
dari KDYMM Sultan Kedah di atas jasa dan sumbangan beliau itu. Beliau
telah dianugerahkan Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K.), Setia Diraja
Kedah (S.D.K.) pada tahun 1977, Darjah Setia Diraja Kedah (D.S.D.K.)
pada tahun 1982 dan Bintang Perkhidmatan Lama Kedah (B.P.L.) pada
tahun 1988.
|
|