Anda di sini:

YAB Ustaz Hj Azizan bin Abdul Razak

 

YAB Ustaz Hj Azizan bin Abdul Razak dilahirkan pada tahun 1944 di Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau dan menyambung pengajian di peringkat Menengah di Maktab Mahmud, Alor Star. Beliau merupakan lulusan Universiti Al - Azhar dan University of Kent, Centerbury.

 

Kerjaya :

  • Tenaga Pengajar Maktab Mahmud, Alor Star (1966)
  • Ketua Jabatan Syariah, UKM
  • Pensyarah Pelawat Mindanao State University, Filiphina
  • Pensyarah Sambilan UIAM ( 1983 - 1984, 1986 - 1995)
  • Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
  • Menteri Besar Kedah (Mac 2008 - kini)

Penglibatan Dalam Politik :

  • Naib Presiden PAS (2001 - 2005)
  • Ketua Penerangan PAS Pusat (2001 - 2003)
  • Ahli Majlis Syuara Ulama PAS (1991 - Kini)
  • AJK PAS Pusat (1993 - Kini)
  • Pesuruhjaya PAS Kedah (2000 - Kini)
  • Setiausaha PAS Kedah (1995 - 1999)
  • Mewakili PAS ke MAPEN (1989)


Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional :

  • Persatuan Bekas Pelajar Melayu Timur Tengah - AJK
  • Persatuan Falak Syarie Malaysia - AJK
  • Persatuan Syariah Asia Tenggara ( South East Asia Association) - Ahli


 

 

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.