| |
YAB Dato' Seri Haji Mahdzir bin Khalid dilahirkan pada 15
Disember 1960 di Alor Star, Kedah. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan Jabi, Pokok Sena dan menyambung pengajian di peringkat Menengah
di Sekolah Menengah Pokok Sena dan Sekolah Menengah Dato' Syed Omar, Alor Star.
Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Pendidikan dari Universiti Sains
Malaysia (USM).
Kerjaya :
- Pegawai Pendidikan (1984-1990)
- Pengetua SMK Gadong, Beaufort, Sabah (1990-1993)
- Pegawai Khas Y.A.B Menteri Besar Kedah, Darul
Aman (1993-1996)
- Pengarah Seranta, Kementerian Tanah Dan Pembangunan
Koperasi, Kuala Lumpur (1998-1999)
- Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri (1999-2003)
- Setiausaha Politik Y.A.B Perdana Menteri (2003-2004)
- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu (2004-kini)
- Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Portfolio
Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Pembangunan Koperasi)
- Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan
Luar Bandar dan Pembangunan Koperasi (2004-kini)
- Pemangku Menteri Besar Kedah (17 Julai - 22 Disember
2005)
- Menteri Besar Kedah ke-9
- Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah Kewangan dan Hasil Bumi
Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional
:
- Pengerusi, Yayasan Basmi Kemiskinan Darul Aman
- Pengerusi, Persatuan Bola Sepak Daerah Pokok
Sena, Kedah
- Ahli UMNO Cawangan Kampung Padang Kerasak, Padang
Terap, Kedah
- Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Kedah
- Pemangku Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah
Bagi mengenang sumbangan dan jasa
baktinya, beliau telah dianugerahkan Bintang Kebaktian Masyarakat
(BKM) daripada Sultan Kedah pada tahun 1996, Darjah Datuk Paduka
Mahkota Perak (DPMP) daripada Sultan Perak pada tahun 2003
dan terkini ialah Darjah Seri Setia Diraja Kedah (SSDK) yang membawa
gelaran Dato' Seri pada tahun 2006.
|
|