| |
Dato' Paduka Haji Syed Mansor bin Syed Kassim Barakbah dilahirkan
pada 3 November 1934 di Dulang Besar, Yan, Kedah. Beliau mendapat
pendidikan awal pada tahun 1940 di Sekolah Melayu Derga, Sekolah
Melayu Kanchut, dan kemudian meneruskan pengajian ke Sekolah St.
Michael, Alor Setar sehingga tahun 1949. Setelah tamat pengajian
di Sekolah St. Michael, beliau meneruskan pengajian ke Kolej Sultan
Abdul Hamid sehingga tahun 1956.
Selepas tamat persekolahan, beliau meneruskan pengajiannya sehingga
memperolehi ijazah B. A dari Universiti Malaya, Singapura. Seterusnya
pada tahun 1968, beliau telah menghadiri kursus di Universiti Cambridge
sehingga tahun 1969 dan memperolehi sijil dalam Pentadbiran Tanah.
Kerjaya:
- Penolong Pegawai Daerah Tambahan, Kuala Nerang (1960)
- Penolong Pegawai Pemungut Hasil Tanah, Pejabat Daerah Sik (1961)
- Penolong Pegawai Daerah (Tanah), Pejabat Daerah Pendang (1963
- Pengambilan Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Alor Setar (1965
- 1966)
- Penolong Pegawai Daerah (Tanah), Pejabat Daerah Kuala Muda (1967
- 1968)
- Penolong Pengarah Tanah
- Pendaftar Hakmilik , Pejabat Tanah Galian Alo Setar (1969)
- Timbalan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah
- Pengarah Pejabat Tanah Galian Negeri Kedah (1976 - 1983)
- Pegawai Kewangan Negeri (1983)
- Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Jan. 1987 - Nov. 1989)
Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional:
- Presiden 'Malaysian Friendship Centre Taiwan' (1991 - 1993)
Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan
pingat dan darjah kebesaran oleh Kerajaan Negeri Kedah. Antanya
ialah Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K.), S.M.K., Bintang Cemerlang
Kedah (B.C.K.) dan Dato' Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam
Shah (D.H.M.S.). Beliau juga turut dianugerahkan gelaran Dato' Jaya
Pahlawan (Dato' Bergelar Orang Besar Enam Belas)
|
|