|
Dato' Paduka Hj. Ahmad Basri bin Mohd. Akil telah dilahirkan pada
25 April 1939.
Kerjaya:
- Kadet Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS) (12 Jan. 1959)
- Penolong Pegawai Tanah (14 Mei 1959)
- Penolong Pegawai Daerah Baling (Tanah) (15 Sept. 1959)
- Penolong Pegawai Daerah Kubang Pasu ( 6 Jan. 1962)
- Penolong Pegawai Daerah Langkawi (1 Feb. 1964)
- Penolong Pesuruhjaya Tanah dan Galian (4 Jan. 1967)
- Setiausaha Y.A.B. Menteri Besar Kedah (3 Mei 1969)
- Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Kerajaan Tempatan) (5 Sept.
1970)
- Pemangku Pegawai Daerah Langkawi (1 Jan. 1971)
- Pemangku Yang Dipertua Majlis Bandaran Sungai Petani (1 Jan.
1974)
- Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah (9 Sept.1976)
- Bendahari Negeri Kedah (19 Mac 1977)
- Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (17 Disember 1978)
- Pemangku Pegawai Kewangan Negeri Kedah (25 Sept. 1980)
- Pegawai Daerah Kuala Muda (13 Jun 1982)
- Pegawai Daerah Kota Setar (1 Jan. 1984)
- Pengarah Tanah Dan Galian Negeri (1 Mac 1986)
- Pegawai Kewangan Negeri Kedah (3 November 1989)
- Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (28 Ogos 1992)
Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional:
- Pengerusi Angkatan Seni Lukis Kedah (1980)
- Ahli Lembaga Muzium Negeri Kedah (1980 - 1998)
Beliau dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah pada
28 Ogos 1992 menggantikan Dato' Paduka Haji Saad Endut. Beliau telah
berkhidmat selama 37 tahun sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS)
sebelum bersara pada 25 April 1996. Beliau mula bersara wajib pada
24 April 1994 tetapi kerajaan melantik semula beliau sebagai Setiausaha
Kerajaan secara kontrak selama dua tahun.
Di samping itu, beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab
dalam pembangunan bola sepak di negeri Kedah.
Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau dianugerahkan
pingat dan darjah kebesaran oleh Kerajaan Negeri. Antaranya ialah
Dato' Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (D.H.M.S)
pada Januari 1995, Dato' Setia Diraja Kedah (S.D.K.) pada Januari
1976 dan Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K) pada Januari 1972. Beliau
turut dianugerahkan gelaran Dato' Lela Pahlawan pada 25 Januari
1987 (Dato' Bergelar Orang Besar Enam Belas).
|