|
Haji Mohamad Sheriff bin Awang Osman merupakan seorang pentadbir
dan pemimpin yang lahir dari golongan orang kebanyakan di zaman
pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang pada masa itu dikuasai oleh
golongan atasan bergelar Tunku, Syed dan Wan. Beliau dilahirkan
pada 5 Ogos 1890 di Seberang Sungai Raja, Alor Setar. Beliau mendapat
pendidikan sehingga darjah 7 di sekolah Inggeris 'Penang Free School'.
Kerjaya:
- Penterjemah di Pejabat Penasihat Inggeris, Alor Setar (1907)
- Penolong Setiausaha Majlis Negeri Kedah (1910)
- Kepala Pekerjaan Tanah (1912)
- Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (1915)
- Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (1931 - 1948)
- Menteri Besar Kedah yang pertama (1948 - 1954)
Sebagai menghargai sumbangan dan jasa baktinya yang cemerlang
sebagai Menteri Besar Kedah, beliau telah dikurniakan beberapa anugerah
seperti 'Award of Kedah Long Service Medal' oleh KDYMM Almarhum
Sultan Abdul Hamid, C.B.E dan C.M.G daripada Raja Inggeris di London
dan 'Kedah Order of Merit' (K.O.M) oleh KDYMM Almarhum Sultan Badlishah.
Beliau kembali ke rahmatullah pada 27 September 1962 sewaktu berusia
72 tahun dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Akar Peluru,
Alor Setar.
|