| |
Tun Azmi bin Hj. Mohamad dilahirkan pada 26 Jun
1909 di Baling, Kedah. Beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah
Ibrahim, Sungai Petani dan seterusnya melanjutkan pengajiannya di
Inner Temple, London.
Kerjaya :
- Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (1 Jan. 1958 -
22 Sept. 1959)
- Ketua Hakim Tinggi
- Ketua Hakim Malaya (Jun 1966)
- Hakim Mahkamah Persekutuan
- Ketua Hakim Negara (10 Sept. 1968)
- Pengerusi British American life & General Insurance
Bhd.
- Pengerusi Unitata Sdn. Bhd.
- Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara
- Pengerusi 'Film Censor Appeal Committee'
Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau
telah dianugerahkan oleh kerajaan pingat dan darjah kebesaran iaitu
S.S.M., P.M.N., P.S.B., Dato' Paduka Mahkota Kedah (D.P.M.K.) dan
pingat Jaksa Kebaktian (P.J.K.).
|
|