|
Dato' Wira Syed Unan Mashri telah dilahirkan pada 5 Mei 1951 di Alor
Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah
Iskandar, Alor Setar pada tahun 1957 sehingga tahun 1963. Beliau
telah melanjutkan pengajian di Maktab Sultan Abdul Hamid sehingga
tahun 1971. Setelah mendapat keputusan yang cemerlang, beliau telah
ditawarkan untuk memasuki Universiti Malaya pada tahun 1971 dan
memperolehi ijazah B.A. (Hons) pada tahun 1974.
Kerjaya :
- Penolong Pemungut Hasil Tanah Daerah Baling (1974)
- Penolong Pegawai Daerah 1 Langkawi (1977)
- Penolong Setiausaha Kerajaan Wisma Negeri (1979)
- Setiausaha Sulit KDYMM Tuanku Sultan (1980)
- Pegawai Kewangan Negeri Kedah (2003)
- Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Persatuan dan Pertubuhan Sosial :
- Ahli Jawatankuasa Persatuan Pegawai Tadbir Negeri (1988-1989)
- Yang DiPertua Kelab Sukan dan Rekreasi Pejabat KDYMM Sultan
Kedah
Dato' Wira Syed Unan Mashri pernah menghasilkan beberapa kertas kerja
yang bertajuk " Masalah Sosio Ekonomi Hasil Dari Implimentasi
Projek Pengairan Muda (Kajian Kg. Telaga Emas, Kota Setar "
di mana kertas kerja tersebut dihasilkan untuk memenuhi kehendak
peperiksaan tahun akhir bidang Sosiologi Antropologi Universiti
Malaya pada tahun 1974.
Atas kecemerlangan dalam sepanjang perkhidmatannya, beliau telah
dikurniakan Anugerah Sukan Negeri Kedah pada 1989, Darjah Kebesaran Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati(D.G.M.K.), Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.), Bintang Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (B.M.S.), Ahli Mahkota Kedah (A.M.K.), Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K.) dan Bintang Perkhidmatan Lama (B.P.L.)
|