Anda di sini:

YB Dato' Othman Bin Haji Aziz

 

YB Dato' Othman bin Haji Aziz dilahirkan pada 15 mei 1959 di Alor Star Kedah Darul Aman. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam Alor Star Kedah, dan seterusnya beliau meneruskan pengajiannya ke peringkat menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Star Kedah. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di Universiti Teknologi Mara Arau, Perlis yang ketika itu dikenali sebagai Institut Teknologi Mara dalam bidang Pengajian Perniagaan. Beliau kemudiannya menyambungkan pengajiannya ke peringkat ijazah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan pengkhususan pemasaran di Universiti Kebangsaan Malaysia Bandar Bharu Bangi.

Kerjaya :

  • Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Kedah (Sekarang)
  • ADUN Ayer Hitam (2004-2005)
  • Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim (KLBK) Sdn.Bhd. (1996-2003)
  • Viling Marketing Manager (Kumpulan Golden Hope) (1992-1996)
  • Marketing Executive (Koko Malaysia Sdn. Bhd) (1989-1992)
  • Traunee Assistant (Harrison Malaysia Plantation) (1998)
  • Estate Asistant manager (Sime Darby Plantation Sdn. Bhd) (1981-1984)


Bagi mengenang sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat B.K.M. pada tahun 2002 dan yang terkini D.S.D.K. yang membawa gelaran Dato'.


 

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.