| |
YB Ustazah Hajjah Siti Aishah binti Ghazali dilahirkan pada 3 Oktober
1962 di Pondok Jeniang, Gurun, Kedah. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan Jeneri, Sik, dari tahun 1969
sehingga tahun 1971 dan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Cemara, Jeniang. Pada tahun 1973, beliau bertukar pula ke Sekolah Kebangsaan Paya Mengkuang, Gurun, Kedah selama 2 tahun. Seterusnya beliau telah menyambung pengajian di
peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Taufiqiah Khairiah Halimiah, Batu 16, Padang Lumat dari tahun
1975 hingga tahun 1981. Pada tahun
1988, beliau telah dianugerahkan Diploma Tasawwur Islam oleh ILHAM.
Kerjaya :
- Guru Agama Sek. Keb. Permatang Tok Dik, Padang Serai, Kedah (1988-1985)
- Guru Agama (Sandaran) Sek. keb. Bukit Selarong, Padang Serai, Kedah (1986)
- Guru Fardhu Ain Masjid dan Surau
- Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Kebajikan
|
|