Anda di sini:

YB Dato' Paduka Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah

 

YB Dato' Paduka Ahmad Bashah dilahirkan pada 10 Oktober 1950 di Mukim Langgar, Alor Star Kedah.

 

 

 

Kerjaya :

  • Ahli Lembaga Pengarah MADA (1991 - 1995)
  • Ahli Majlis Perbandaran Kota Setar (1988 - 1994)
  • Pegawai Penyelaras Sukan Negeri Kedah Darul Aman (Jun 1989 - Mei 1991).
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (kawasan Alor Merah - 1995 sehingga kini)
  • Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
  • Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Luar Bandar

Jawatan dalam Politik :

  • Bendahari Barisan Nasional (1994 hingga kini)
  • Ketua UMNO Bahagian Alor Star (1995 hingga kini)
  • Bendahari UMNO Negeri Kedah (1994 - 1997)
  • Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri 1990 - 1993)
  • Ketua Pemuda UMNO Bahagian (1984 - 1993)
  • Timbalan Ketua UMNO Bahagian (1993 - 1995)

Penglibatan di dalam Pertubuhan Sosial dan Profesional :

  • Presiden, Persatuan Menembak Negeri Kedah
  • Penaung, Persatuan Bangsawan Negeri Kedah
  • Timbalan Pengerusi, Belia 4B, Kawasan Alor Star
  • Ahli Jawatankuasa, Belia 4B, Negeri Kedah
  • Naib Presiden, Persatuan Bolasepak Kedah

Bagi mengenang sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (1985), Pingat Pangkuan Negara (1986), Bintang Kebaktian Masyarakat (1990), Ahli Mahkota Kedah (1994), Setia Di Raja Kedah (1996), Kesastria Mangku Negara (1997), Jaksa Pendamai (1999), Dato' Setia DiRaja Kedah (2002) yang membawa gelaran Dato' dan Seri Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (D.H.M.S.) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato' Paduka pada tahun 2006.






 

 

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.