| |
Personaliti
Rundingan Baling
Pengenalan
Rundingan Baling yang diadakan pada 28 hingga 29 Disember 1955 merupakan
cadangan YTM TUnku Abdul Rahman Putra. Ketua Menteri Persekutuan
Tanah Melayu sebagai usaha membendung pemberontakan komunis yang
semakin mengancam keselamatan negara hingga mengakibatkan Perintah
Darurat diisytiharkan pada tahun 1948. Rundingan ini dijalankan
di daerah Baling bertempat di Sekolah Inggeris Baling yang kini
dikenalai sebagai Sekolah Kebangsaan Tunku Putra, Baling. YTM Tunku
berpendapat rundingan ini membolehkan pihak kerajaan dan Parti Komunis
Malaya (PKM) menyampaikan pandangan yang boleh membawa kepada perdamaian.
Pihak kerajaan diwakili oleh YTM Tunku, Dato' Tan Cheng Lock, Presiden
MCA dan Encik David Marshall, Ketua Menteri Singapura sementara
PKM diwakili oleh Chin Peng, Setiausaha Agung PKM, Rashid Maidin,
Ahli Jawatankuasa Pusat PKM dan Chen Tien, Ketua Propaganda PKM.
PKM
Selepas kejayaan Revolusi Bolshevik di Soviet Union, Komunis Internasional
(Komintern) ditubuhkan untuk menyelaraskan aktiviti komunis sedunia
termasuk di kawasan Asia Tenggara. Agen-agen Komintern menyeludup
masuk ke dalam Koumintang, sebuah parti berasakan kaum Cina yang
bergerak secara sah di Tanah Melayu yang wujud sehingga tahun 1923.
Setelah Koumintang dibubarkan, Parti Komunis China (PKC) mengambilalih
peranan Komintern dengan menubuhkan Nanyang Communist Party seterusnya
dikenali sebagai Parti Komunis Malaya. Kekalahan Jepun dan berlakunya
kekosongan pemerintahan sebelum kemasukan Pasukan Berikat memberikan
peluang kepada PKM untuk melancarkan pemberontakan bersenjata bagi
menguasai Tanah Melayu.
Perkara
Yang Dibincangkan
Antara perkara-perkara yang dibincangkan dalam rundingan itu ialah
:
Pengikhtirafan terhadap PKM;
Membenarkan ahli-ahli PKM menyertai politik;
Memansuhkan Perintah Darurat;
Anggota-anggota PKM yang tidak mahu bermastautin di
Tanah Melayu dikecualikan daripada penyiasatan pihak berkuasa.
Rundingan ini gagal mencapai persefahaman kerana kedua-dua pihak
tidak dapat menerima perkara-perkara yang dinyatakan di atas:
Kesan
Rundingan Baling
- Kerajaan
bertindak tegas terhadap keganasan dengan mengambil langkah-langkah
berikut:
- memindahkan
penduduk Cina yang tinggal di kawasan hutan ke kampung-kampung
baru yang dikawal ketat oleh pasukan keselamatan supaya mereka
terputus hubungan dengan penganas komunis daripada mendapatkan
bekalan makanan. Rancangan ini dikenali sebagai: "Rancangan
Briggs"
- catuan
makanan;
- perintah
berkurung;
- sistem
kad pengenalan diperkenalkan;
- Penyerahan
diri beberapa orang pemimpin kanan PKM seperti Musa Ahmad, bekas
Pengerusi PKM dan isteri beliau pada tahun 1980 dan Shamsiah Fakeh
pada tahun 1994.
- Kekuatan
PKM semakin lumpuh sehingga memaksa PKM untuk berunding dengan
Kerajaan Malaysia bagi merundingkan perletakan senjata dan termeterainya
perjanjian damai yang menjadi kenyataan pada 2 Disember 1989 di
Haadyai, Thailand.

Personaliti
Rundingan Baling
|