|
YTM
Tunku Abdul Rahman Putra Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim
Shah
Dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Setar dan mendapat pendidikan
di St. Catherine's College, Cambrige pada tahun 1919 dan diterima
masuk ke Bar Inner Temple pada tahun 1949 sebagai seorang peguam.
Merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955
setelah Parti Perikatan pimpinannya berjaya memenangi pilihanraya
yang pertama diadakan seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri
Malaysia yang pertama setelah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Meninggal dunia pada 6 Disember 1990.
Datuk David Saul Marshall
Dilahirkan pada 12 Mac 1908 dan mendapat pendidikan di St. Joseph
Institute dan Barrister-at-Law, Middle Temple, London. Merupakan
Ketua Menteri Singapura merangkap Menteri Perdagangan dari tahun
1955 hingga 1956. Beliau juga merupakan pengasas dan Presiden Parti
Pekerja Singapura sehingga tahun 1962 dan pernah menjadi Wakil Tetap
Singapura di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1968.
Tun
Dato' Sir Tan Cheng Lock
Dilahirkan pada 5 April 1883 dan mendapat pendidikan di Malacca
High School dan Raffles Institution, Singapura. Bertugas sebagai
guru di Raffles Institution dan kemudian melibatkan diri didalam
bidang perniagaan sebagai pengerusi United Malacca Rubber Estate
Ltd. Dilantik sebagai ahli tidak rasmi Majlis Perbandaran Melaka
dari tahun 1912-1922, Ahli Majlis Eksekutif Negeri-negeri Selat
pada tahun 1933 dan Presiden MCA yang pertama pada tahun 1949-1960.
Meninggal dunia pada 13 Disember 1960.
Chin
Peng @ Ong Boon Hua
Dilahirkan di Setiawan, Perak pada tahun 1922. Mendapat pendidikan
di Sekolah Rendah Cina Chung Ching dan Sekolah Tinggi Nan Hwa. Beliau
tertarik dengan ajaran Komunis akibat dipengaruhi oleh guru-gurunya
ketika berada di sekolah tinggi. Selaku Setiausaha Agung PKM, beliau
berada di Negara China untuk menyelaraskan kegiata-kegiatan PKM.
Kini dipercayai berada di Selatan Thailand.
Abdul
Rashid Maidin
Berasal dari Kampung Gunong Masa, Gopeng, Perak dan merupakan Komandan
Rejimen ke-10, PKM. Pernah ditahan oleh Pihak British dibawah Ordinan
Darurat kerana terlibat di dalam gerakan nasionalis setelah kembali
daripada menghadiri "Persidangan Komunis Dunia" di London,
tetapi tidak lama kemudian beliau berjaya melarikan diri ke hutan.
Beliau dipercayai berada di Selatan Thailand.
|