|
YTM
Tunku Yaacob merupakan putera kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah,
Sultan yang memerintah negeri Kedah. Ibunya bernama Sharifah Fatimah
Syed Idrus dan Tunku Yaacob merupakan anak sulung daripada 6 adik
beradik.
Tunku
Yaacob dilahirkan pada 27 Disember 1899 di Kota Kanchut, Alor Setar
dan menerima pendidikan awalnya pada tahun 1909 di G.E.S (Goverment
English School) Alor Setar. Selepas lulus peperiksaan darjah IV,
Tunku Yaacob menyambung persekolahannya di Malay College Kuala Kangsar
atau MCKK.
Tunku
Yaacob pernah dilantik oleh Sultan Badlishah untuk memangku jawatan
Menteri Besar Kedah berikutan Menteri Besar Haji Mohd Sheriff telah
jatuh sakit pada 7 Jun 1950. Timbalan Menteri Besar Kedah ketika
itu, Tunku Ismail Bin Tunku Yahya juga kebetulan sedang bercuti
sakit sehingga 1 September 1950. Perlantikan Tunku Yaacob untuk
memangku jawatan Menteri Besar Kedah telah mendapat persetujuan
daripada Pesuruhjaya British, Sir Henry Gurney.
Pada
14 Mac 1951, Tunku Yaacob telah dilantik menjadi Regent Negeri Kedah
berikutan keberangkatan Sultan Badlishah ke United Kingdom dan Eropah.
Tempoh perkhidmatan Tunku Yaacob sebagai Regent ialah dari 24 Mac
1951 hingga 12 November 1951. Istiadat pertabalan Tunku Yaacob sebagai
Regent Kedah telah berlangsung di Balai Besar dan dihadiri oleh
Kerabat-kerabat DiRaja, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan
Majlis.
|