Cari maklumat mykedah: 
 
   Anda di sini:

Balai Nobat

Oleh : Dato' Hj. Wan Shamsudin Mohd Yusof


Balai Nobat yang terletak berhadapan dengan Mahkamah Tinggi dan Wisma Negeri di tengah bandar Alor Star. Bangunan ini dibina bagi menggantikan Balai Nobat lama yang diperbuat dengan kayu dan berbumbungkan zink.


Pintu masuk ke Balai Nobat.

Menjelang pembukaan Bandar Alor Star pada tahun 1735 oleh Sultan Mahammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Shah, Sultan Kedah ke-19 (1710-1778), beberapa bangunan awal yang siap dibina termasuklah Istana Kota Setar, Balai Besar, Balai Nobat dan Masjid Negeri. Rekabentuk Balai Nobat yang asal tidak dapat dikenal pasti tetapi jelas ianya diperbuat daripada kayu.

Pada Zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Sultan Kedah ke-25 (1854-1879), Balai Nobat yang baru setinggi lima tingkat telah dibina. Seluruh bangunan ini dibina daripada kayu dan beratapkan zink.

Pada zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-26 (1882-1943), bangunan baru diperbuat daripada batu dan logam. Rekabentuknya sama seperti binaan kayu sebelumnya. Ianya mempunyai tiga tingkat dan kubah yang terletak di kemuncaknya mencerminkan unsur keislaman seperti pada binaan masjid. Bangunan baru ini siap dibina pada tahun 1906.

Di Balai Nobat ini disimpan segala alat Nobat termasuklah serunai, nafiri, gendang dan gong yang dimainkan dalam upacara-upacara tertentu seperti pertabalan, kemangkatan dan lain-lain upacara rasmi.

 










mykedah.com
dihasilkan oleh:

PERBADANAN
PERPUSTAKAAN
AWAM KEDAH
Kedah State Public
Library Corporation
Dibiayai oleh :
Demonstrator Applications Grant Scheme (DAGS) of the National IT Council (NITC) Malaysia


Disokong oleh:
Kerajaan Negeri
Kedah Darul Aman
KEPERLUAN
Shockwave Flash™ untuk memaparkan animasi dan peta. Klik

DAN Real Player untuk memaparkan klip video dan audio. Klik untuk download dan install sekarang!
Paparan terbaik dengan Microsoft Internet Explorer 5.0 dengan resolusi 800x600.

Kemaskini: 13-03-2003

 
Copyright © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah. All Rights Reserved
Go!