|
Bangunan Mahkamah Rendah Lama ini terletak di Jalan Raja, Alor
Setar. Tapak Mahkamah Rendah Lama ini pada asalnya adalah tapak
sebuah surau kepunyaan ulama Tuan Guru Haji Saleh yang berasal dari
Penaga, Seberang Perai.
Tuan Guru Haji Saleh pernah membuka perkampungan pondoknya di kawasan
itu. Beliau juga pernah berkhidmat selaku penasihat kepada Almarhum
Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854-1879) dan dilantik sebagai
Guru Agama di istana. Surau ini juga dijadikan tempat perbicaraan
kes-kes berkaitan Hukum Agama Islam seperti nikah-kahwin, cerai
dan sebagainya.
Dalam tahun 1931, di atas tapak surau ini telah dibangunkan Mahkamah
Rendah iaitu semasa Kedah di bawah naungan British. Rekabentuk senibina
bangunan ini juga sama seperti Bangunan Mahkamah Tinggi iaitu bercirikan
senibina Roman. 
|