Cari maklumat mykedah: 
 
   Anda di sini:

Bangunan Wan Muhammad Saman

Oleh: Dato' Haji Wan Shamsuddin b. Mohd. Yusof


Bangunan Wan Muhammad Saman dilihat dari sudut hadapan.


Bangunan ini terletak di medan bandar bersebelahan Muzium DiRaja dan Balai Besar. Ia mula dibina pada tahun 1939 dan siap pada tahun 1941.


Bangunan ini dilihat dari sudut tepi.

Bangunan ini terletak di Medan Bandar bersebelahan dengan Muzium DiRaja dan Balai Besar. Bangunan ini mula dibina pada tahun 1939 dan siap pada tahun 1941 semasa pemerintahan British. Sebelum Perang Dunia Kedua, bangunan ini menempatkan beberapa jabatan penting termasuklah pejabat KDYMM Tunku Sultan Kedah.

Selepas perang bangunan ini pernah dijadikan Pejabat Tanaman (Pertanian) yang diketuai oleh Tunku Yaakob, Pejabat Pelajaran (Pendidikan), Pejabat Penerangan dan juga Pejabat Tanah.

Bangunan ini juga pernah dijadikan Pejabat Daerah Kota Setar dan kini diduduki oleh Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Bangunan ini dinamakan Bangunan Wan Muhammad Saman adalah mengambil sempena jasa-jasa cemerlang yang disumbangkan oleh Dato' Wan Muhammad Saman terhadap pentadbiran Negeri ini. Beliau pernah dilantik menjadi Perdana Menteri Negeri Kedah pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854-1879) dan zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943). Jika dilihat daripada struktur pembinaan bangunan ini adalah bercirikan senibina Kolonial.


 

 










mykedah.com
dihasilkan oleh:

PERBADANAN
PERPUSTAKAAN
AWAM KEDAH
Kedah State Public
Library Corporation
Dibiayai oleh :
Demonstrator Applications Grant Scheme (DAGS) of the National IT Council (NITC) Malaysia


Disokong oleh:
Kerajaan Negeri
Kedah Darul Aman
KEPERLUAN
Shockwave Flash™ untuk memaparkan animasi dan peta. Klik

DAN Real Player untuk memaparkan klip video dan audio. Klik untuk download dan install sekarang!
Paparan terbaik dengan Microsoft Internet Explorer 5.0 dengan resolusi 800x600.

Kemaskini: 13-03-2003

 
Copyright © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah. All Rights Reserved
Go!