1. BUNGA NIPAH
Seperti tumbuhan lain pokok nipah juga berbunga sebelum
berbuah. Bunga nipah pada mula ditiupi dengan kulit kumtum. Dan setelah
itu ia akan mengembang dan inilah keadaannya.
2.
BUAH NIPAH MUDA
Dari kuntuman bunga ia membentuk buah nipah muda. Pada ketika ini
buah nipah masih kecil. Pada waktu ini juga buah nipah masih tidak
berisi.
3.
BUAH NIPAH MATANG
Apabila buah nipah mencapai tahap matang saiz tandannya juga makin
membesar. Buahnya mula berisi dan batang tandannya mula melentur.
4.
CUCI TANDAN
Setelah dikenal pasti buah nipah telah mencapai tahap matang ia perlu
dicuci iaitu membuang semua kulit tandannya.
5.
MEMUKUL TANDAN
Batang tandan yang kurang melengkung akan dipukul dengan menggunakan
pengetuk kayu.
6.
TANDAN BUAH NIPAH
Inilah bentuknya tandan buah nipah yang telah dibuang kulit dan dipukul
menjadi melengkung. Ia akan dibiarkan untuk seketika sebelum menjalani
proses yang seterusnya.
7.
TANDAN DISALUTI LUMPUR
Batang tandan buah nipah tersebut kemudiannya akan disaluti dengan
lumpur supaya ia tidak menjadi kering.
8.
URUT TANDAN
Batang tandan buah nipah perlu diurut setelah beberapa ketika ia dibiarkan
disaluti lumpur. Mengikut perkiraan batang tandan buah nipah tersebut
perlu
9. PARAS TANDAN
Selepas tamat tempoh mengurut batang tandan buah nipah
tersebut proses memangkas buah dari batang tandan dilakukan. Kemudian
ia akan dibiarkan untuk beberapa hari untuk membiarkan nira turun.
10.
LETAK TUKEY
Apabila didapati nira aturun dengan kuat barulah boleh ditadahkan
dengan tukey. Pada masa dahulu tukey diperbuat daripada buluh.
11. TAHAN NIRA Beginilah
keadaannya semasa menahan nira dalam tukey. Selalunya nira akan ditadah
pada waktu malam kerana pada wkatu malam nira dikatakan turun dengan
banyak.
12. PUNGUT NIRANira
akan dikumpulan pada keesokan paginya. Mengikut amalan tradisi nira
yang terhimpun dalam tukey akan dikumpulkan ke dalam buyung.
13. "MINUMAN AIR NIRA"Air
nira nipah manis lagi berkhasiat dan untuk menambah keenakan nira
nipah perlu dicampur dengan air batu.