| |
Strategi Pembangunan
Cabaran utama Negeri Kedah Darul Aman di dalam Pelan
Tindakan Kedah Maju 2010 ialah untuk memastikan penduduk Negeri
Kedah Darul Aman dapat menikmati satu tahap pembangunan yang menjamin
keselesaan dan kesejahteraan hidup.
Pendekatan "growth with equity" bagi mencapai
pembangunan yang holistik dan seimbang, dan penumpuan kepada pertumbuhan
jangka panjang akan dapat memenuhi hasrat ini.
Empat perkara yang menjadi fokus untuk pembangunan
seimbang ialah:
|
|
Mencapai kadar pertumbuhan KDNK pada
kadar 15% setahun. |
|
|
Mengagihkan kekayaan negeri hasil
pembangunan ekonomi untuk dinikmati oleh semua golongan masyarakat
dengan adil. |
|
|
Membangunkan sumber manusia yang
berpengetahuan tinggi untuk pembangunan ekonomi jangka panjang
dan persaingan global serta membentuk masyarakat patriotik,
jatidiri dan bermoral. |
|
|
Menjalankan pembangunan fizikal yang
seimbang di seluruh negeri ke arah pembangunan mapan bagi memastikan
persekitaran dan sumber asli dilindungi untuk generasi masa
depan. |
Empat teras strategik dikenalpasti sebagai pemacu
pencapaian Wawasan Kedah Maju 2010 iaitu:
- Membangunkan ekonomi yang dinamik, progresif,
kompetitif dan berdaya tahan.
- Berusaha untuk mencapai kadar pertumbuhan KDNK
sebanyak 15% setahun.
- Tumpuan kepada sektor industri, ICT, pelancongan,
pertanian dan prasarana.
- Memupuk pembentukan sebuah "Knowledge
Economy".
- Pembangunan Sumber Manusia.
- Melaksanakan pembangunan yang seimbang dan
membentuk masyarakat yang saksama
- Menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan
termiskin dan mengurangkan kemiskinan relatif.
- Menggalakkan penyertaan bumiputera dalam aktiviti
utama ekonomi.
- Mewujudkan koridor pembangunan yang merentasi
daerah-daerah mundur.
- Meningkatkan kemudahan prasarana, utiliti dan
kemudahan sosial di luar bandar.
- Membangunkan Pelan pembangunan usahawan yang
bersepadu.
- Meningkatkan pengawalan alam sekitar dan pengawalan
pencemaran.
- Mewujudkan masyarakat berilmu dan jatidiri.
- Meningkatkan kualiti hidup penduduk.
- Meningkatkan kemudahan pendidikan.
- Menggalakkan konsep pembelajaran sepanjang
hayat.
- Mendorong pembentukan masyarakat penyayang.
- Memupuk pembangunan rohani dan moral di kalangan
generasi belia.
- Menyediakan keperluan perumahan, riadah dan
sukan.
- Mengukuhkan institusi jentera pentadbiran
bagi melaksanakan Program Pembangunan Kedah Maju 2010
- Membentuk Kerajaan elektronik bagi meningkatkan
kecekapan.
- Mempertingkatkan jentera perancangan pembangunan
negeri.
- Menyediakan kemudahan latihan dan kelengkapan.
- Memperkukuhkan kedudukan kewangan negeri.

Sila lawat laman web Kedah Maju untuk
maklumat lanjut:
|
|