|

Di bawah Undang-Undang Tubuh
Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Baginda Sultan berkuasa
memanggil Dewan Negeri untuk bersidang atau pun membubarkan
Dewan Negeri. Mengikut Perkara 53 (1) Undang-Undang
Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Raja Pemerintah
hendaklah dari suatu masa ke suatu masa memanggil
Dewan Negeri dan tidak boleh dibiar lucut tempohan
enam bulan di antara mesyuarat yang lepas di dalam
satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi
mesyuarat yang pertama di dalam persidangan yang akan
datang.
Berdasarkan peruntukan ini, Baginda Sultan hendaklah
dari masa kesemasa memanggil Dewan Negeri untuk bersidang
tetapi hendaklah tidak membiarkan jangka masa sidang
Dewan Negeri yang lalu dengan sidang yang berikut
lebih daripada enam bulan.
Baginda Sultan juga berkuasa
memberhentikan atau membubarkan Dewan Negeri. Perkara
53 (2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul
Aman memberi kuasa kepada Raja Pemerintah untuk menghentikan
atau memansuhkan Dewan Negeri.
|