|

Mengikut Perkara 17, Undang-Undang
Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Raja hendaklah
seorang daripada bangsa Melayu dan berdarah Raja keturunan
Pemerintah-Pemerintah Kedah dan laki-laki dan beragama
Islam Ahli Sunnah Waljumaah. Perkara 7 (a) Undang-Undang
Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pula menetapkan
bahawa Takhta dan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
hendaklah turun temurun terletak kepada putera laki-laki
yang tua kepada Almarhum Sultan Badlishah dan lepas
daripada itu hendaklah turun temurun kepada zuriat
laki-lakinya yang tua sekali daripada sebelah laki-laki
yang ada dan hidup pada masa itu.
Perkara 9, Undang-Undang Tubuh
Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman menetapkan bahawa
perlantikan untuk menaiki takhta Kerajaan Negeri Kedah
Darul Aman adalah dipertetapkan oleh Majlis Mesyuarat
Mengangkat Raja. Mengikut Perkara 10 Undang-Undang
Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Majlis Mesyuarat
Mengangkat Raja hendaklah mengandungi:
 |
a) |
Menteri Besar yang menjadi
Yang DiPertua Majlis itu. |
| |
b) |
Lain-lain ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan |
| |
c) |
Empat orang laki-laki ahli
Kerabat Di Raja Negeri Kedah yang diangkatkan
oleh Raja Pemerintah menurut timbang tiliknya
dengan tauliah dan ditandatangani serta dicap
dengan mohor Kerajaan dan dinyatakan di dalam
Warta Kerajaan, dan |
| |
d) |
Lima orang ahli laki-laki
yang bukan ahli Kerabat Di Raja Negeri Kedah dan
tiada kurang daripada seorang daripadanya ialah
Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Negeri Kedah
dan tiada kurang daripada seorang yang lain iaitu
seorang yang cukup faham di dalam Undang-Undang
Islam yang akan diangkatkan oleh Raja Pemerintah
menurut timbang tiliknya dengan tauliah dan ditandatangani
serta dicap dengan Mohor Kerajaan dan dinyatakan
di dalam Warta Kerajaan. |
|