|

Nobat ialah alat permainan muzik
atau orkestra DiRaja yang mengandungi satu Gendang,
satu Nafiri, dua Gendang Nobat, satu Serunai dan satu
Gong. Nobat DiRaja Negeri Kedah adalah yang tertua
di negara ini dan dimainkan di istiadat-istiadat rasmi
sejak turun temurun seperti Istiadat Pertabalan DiRaja,
Istiadat Perkahwinan DiRaja, Istiadat Permakaman DiRaja
dan sebagainya. Pemain-pemain Nobat dipilih mengikut
keturunan. Nobat hanya dimainkan apabila diperintahkan
oleh Baginda Sultan dan untuk Istiadat tertentu sahaja.
|