Selamat Datang ke laman web Raja Kita


Sistem Monarki Negeri Kedah
Kuasa Diraja
Perlantikan Sultan Kedah
Salasilah Duli-Duli Yang Maha Mulia
Alat Kebesaran Diraja
Adat Istiadat Diraja
Laman Utama
  
English Version
Alat Kebesaran DiRaja

Baju Sikap

Baju Sikap

Baju Sikap adalah sebahagian daripada pakaian rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang dipakai untuk Istiadat-Istiadat Rasmi Negeri seperti Istiadat Menyembah Tahniah Serta Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Sempena Menyambut Ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Baju Sikap telah dipakai sejak dua abad yang lalu di kalangan keluarga DiRaja Kedah. AlMarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah telah memakai Baju Sikap semasa menghadiri Istiadat Pertabalan King George V di London pada tahun 1910.

Baju ini dikatakan berasal dari masyarakat Jawa atau Aceh yang kemudiannya diubahsuai mengikut citarasa masyarakat di sini. Paling mudah Baju Sikap diperkatkan sebagai sehelai jaket pendek, berbelah di hadapan dan berkolar tinggi. Jika dilihat dengan teliti, Baju Sikap sememangnya salah satu pakaian asas Melayu yang unik dan boleh dibanggakan. Penampilannya dengan 'sut lima' lengkap tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini. Pemakainya kelihatan hebat dengan tenggolok, seluar, sampin dan bengkung serta berkeris.

Sikap bermaksud peribadi, pemakainya dianggap sebagai seorang yang bersedia dan tegas. Oleh itu, di Negeri Kedah Darul Aman pada masa dahulu dianggap sebagai pakaian lengkap rasmi atau full formal dress.

   
Klik ke atas
Hak Cipta © 2003 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah. Semua Hak Cipta Terpelihara. Konsep dan Rekaan Web Guru Asia.
  Maklum Balas