Selamat Datang ke laman web Raja Kita


Sistem Monarki Negeri Kedah
Kuasa Diraja
Perlantikan Sultan Kedah
Salasilah Duli-Duli Yang Maha Mulia
Alat Kebesaran Diraja
Adat Istiadat Diraja
Laman Utama
  
English Version
Adat Istiadat DiRaja
Mengenai Pertabalan

Penetapan Hari Pertabalan dan Perlantikan Jawatankuasa

Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Dan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Ke Balai Pertabalan

Menerima Tabik Kehormatan dan Pemeriksaan Barisan Kehormatan

Istiadat Pertabalan


Mengenai Pertabalan

Perkara 1 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman memperuntukkan bahawa "Tiada seorang akan diangkat naik takhta dan Kerajaan Negeri Kedah melainkan angkatannya itu telah dipertetapkan oleh Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja".

Perkara 23, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman memperuntukkan bahawa "Raja hendaklah ditabalkan mengikut adat istiadat Negeri Kedah Darul Aman"

Perkara 33(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman juga memperuntukkan bahawa "Jika ia suka boleh Raja itu dari suatu masa ke suatu masa buat Peraturan habuan Balai Penghadapan dan Istananya dan habuan mengangkat pegawai-pegawai balai penghadapan dan istananya dan habuan mengaturkan segala adat istiadat dan habuan menyempurnakan pekerjaan pegawai-pegawai balai penghadapan dan istana Raja itu dan orang-orang yang menanggung pekerjaan adat istiadat tatkala membuat itu hendaklah diambil timbang dengan halusi di atas adat istiadat Negeri ini jika ada.

Di dalam usaha untuk mengemaskinikan Peraturan Istiadat Pertabalan Sultan Negeri Kedah Darul Aman supaya seiringan dengan perkembangan semasa, pada tahun 1976 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan telah perkenan melantik sebuah Jawatankuasa untuk membuat Peraturan-Peraturan Berkenaan Adat Istiadat Pertabalan DiRaja Negeri Kedah Darul Aman.

Peraturan Istiadat Pertabalan di Negeri Kedah Darul Aman adalah merupakan warisan daripada adat istiadat yang telah disempurnakan dalam zaman pemerintahan Sultan Rijaluddin ibni Sultan Sulaiman (1625 hingga 1651 Masihi), Sultan Negeri Kedah yang bersemayam di Naga, Daerah Kubang Pasu. Peraturan ini telah menetapkan Gerak Kerja Adat Istiadat Pertabalan Sultan Negeri Kedah Darul Aman seperti di seksyen setereusnya: Penetapan Hari Pertabalan dan Perlantikan Jawatankuasa; Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Dan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Ke Balai Pertabalan; Menerima Tabik Kehormatan dan Pemeriksaan Barisan Kehormatan dan Istiadat Pertabalan.

   
Klik ke atas
Hak Cipta © 2003 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah. Semua Hak Cipta Terpelihara. Konsep dan Rekaan Web Guru Asia.
  Maklum Balas