|
Menteri Besar setelah berunding dengan
Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah menetapkan Hari Pertabalan
Duli Yang Maha Mulia Sultan. Kemudian Menteri Besar hendaklah
mempersembah maklum keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan
kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan untuk
diperkenankan cadangan itu.
Apabila cadangan tersebut telah diperkenankan,
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan akan memaklumkan
melalui surat kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan
Agong, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Tuan-Tuan Yang
Terutama Yang DiPertua Negeri bahawa Duli Yang Maha Mulia
Sultan Negeri Kedah Darul Aman akan ditabalkan.
Dalam masa yang sama, Menteri Besar
hendaklah memaklumkan melalui surat kepada Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri Malaysia mengenai cadangan hendak menabalkan
Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah Darul Aman.
Di samping itu, Menteri Besar hendaklah
melantik Jawatankuasa Kerja Pertabalan yang beliau sendiri
menjadi pengerusinya. Jawatankuasa Kerja ini berkuasa melantik
beberapa Jawatankuasa Kecil dan menetapkan rojokan penentuan
untuk setiap Jawatankuasa.
|