Selamat Datang ke laman web Raja Kita


Sistem Monarki Negeri Kedah
Kuasa Diraja
Perlantikan Sultan Kedah
Salasilah Duli-Duli Yang Maha Mulia
Alat Kebesaran Diraja
Adat Istiadat Diraja
Laman Utama
  
English Version
Adat Istiadat DiRaja
Mengenai Pertabalan

Penetapan Hari Pertabalan dan Perlantikan Jawatankuasa

Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Dan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Ke Balai Pertabalan

Menerima Tabik Kehormatan dan Pemeriksaan Barisan Kehormatan

Istiadat Pertabalan


Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Dan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Ke Balai Pertabalan

Pada waktu yang dipertetapkan, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah berangkat dari istana ke Balai Pertabalan dengan diringi oleh Pengiring-Pengiring DiRaja.

Sebelum keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah, kumpulan "Perarakan Pertabalan" mengambil tempat tidak berapa jauh daripada Balai Pertabalan. Perarakan Pertabalan diketuai oleh Seri Maharaja Lela yang membawa sebilah keris panjang dan dipayungi dengan payung warna merah berubor-ubor.

Perarakan Pertabalan mengandungi pegawai-pegawai yang membawa:

a) Cogam Agama 1
  b) Cogam Alam 1
  c) Cokmar 2
  d) Pedang 12
  e) Tombak Berambu 12
  f) Lembing 12
  g) Payung Ubor-Ubor (warna kuning) 16
  h) Tunggul-Tunggul Merawat (warna kekuningan merah dan hijau) 24

Pembawa Cogan Alam dan Cogan Agama hendaklah daripada Dato'-Dato' Bergelar memakai pakaian istiadat dan berkeris. Perarakan Pertabalan akan mengiringi dengan mendahului Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah untuk bergerak ke Balai Tabalan.

   
Klik ke atas
Hak Cipta 2003 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah. Semua Hak Cipta Terpelihara. Konsep dan Rekaan Web Guru Asia.
  Maklum Balas