|
Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan
isteri menyambut keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Sultan dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah di
hadapan Balai Tabalan. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan
berangkat ke pentas khas untuk menerima tabik kehormatan
dan seterusnya memeriksa barisan kehormatan. Selepas memeriksa
barisan kehormatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah terus berangkat ke
Balairong Seri.
|