Tiupan nafiri akan menandakan isyarat
keberangkatan masuk Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah ke Balai Rong Seri.
Keberangkatan Duli-Duli Yang Maha Mulia didahului oleh Seri
Maharaja Lela. Duli-Duli Yang Maha Mulia dikapit oleh pegawai-pegawai
yang membawa Cogam Agama dan Cogam Alam dan di belakang
pula ialah pegawai-pegawai yang membawa Cokmar dan Pedang.
Di belakang Duli-Duli Yang Maha Mulia ialah Juru Iring dan
Dang Perwara.
Selawat akan dilafazkan sebaik sahaja
tiupan nafiri berakhir. Nobat pula akan dipalu lagu "Raja
Berangkat" apabila selawat selesai dilafazkan. Duli-Duli
Yang Maha Mulia berangkat naik bersemayam di atas Singgahsana.
Istiadat Petabalan dimulakan dengan
Seri Maharaja Lela mengadap memohon limpah perkenan Duli
Yang Maha Mulia Tuanku Sultan untuk memulakan istiadat.
Pegawai-pegawai membawa masuk alatan-alatan pertabalan dan
meletakkannya di atas meja khas berhadapan Astaka. Alatan-Alatan
Pertabalan adalah seperti berikut:
Setelah Alatan-Alatan Pertabalan diletakkan
mengikut tertib, aktiviti-aktiviti istiadat berikut menyusul
kemudian:
 |
a) |
Yang DiPertua Majlis Agama Islam
melafazkan ayat-ayat suci Al-Quran. |
| |
b) |
Yang Amat Berhormat Menteri Besar
membaca Surat Pengisytiharan Pertabalan. |
| |
c) |
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan
membaca Surat Titah DiRaja. |
| |
d) |
Seri Maharaja Lela mengadap mengangkat
sembah dengan lafaz:
| |
"Ampun
Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik pohon diampun"
"Patik mempersembahkan Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Keris Kebesaran Negeri ini sebagai
lambang kebesaran, kedaulatan dan kekuasaan Duli
Yang Maha Mulia"
"Ampun Tuanku." |
|
| |
e) |
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan
menerima Keris Kebesaran Negeri dan menghunusnya, kemudian
disarungkan semula. |
| |
f) |
Hadirin sekalian bangun berdiri
dan seterusnya Seri Maharaja Lela menyebut "Daulat
Tuanku" tiga kali berturut-turut dengan diikuti
oleh para hadirin. |
| |
g) |
Nobat dipalu lagu "Raja Bertabal".
Meriam ditembak sebanyak 21 das bermula daripada seruan
"Daulat Tuanku" yang pertama dan payung ubor-ubor
dikembangkan. |
| |
h) |
Selesai lagu nobat "Raja
Bertabal", lagu "Allah Selamat Sultan"
dinyanyikan oleh kumpulan koir. |
| |
i) |
Yang Amat Berhormat Menteri Besar
mempersembahkan ucapan "Surat Ucapan Taat Setia"
dan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku
Sultan. |
| |
j) |
Yang DiPertua Majlis Agama Islam
dengan diapit oleh Kadi Besar dan Imam Besar Masjid
Zahir melafazkan doa selamat. |
| |
k) |
Seri Maharaja Lela mengadap memohon
limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan untuk
menamatkan Istiadat. |
| |
l) |
Nobat dipalu lagu Raja Berangkat"
dan Duli-Duli Yang Maha Mulia berangkat turun dari Singgahsana
meninggalkan majlis dengan diringi pengiring-pengiring
DiRaja mengikut tertib dan disusuli oleh Wakil Raja-Raja
dan Ketua-Ketua Negeri yang lain. |
| |
m) |
Istiadat Pertabalan tamat. |