|
Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang
dan Pingat-Pingat Negeri Kedah Darul Aman biasanya dianugerahkan
kepada mereka yang berbakti dan memberi perkhidmatan cemerlang
kepada negeri dan negara bersesuaian dengan taraf kedudukan
mereka. Kelayakan seseorang untuk menerima sesuatu Darjah
Kebesaran, Bintang dan Pingat adalah dijelaskan secara ringkas
seperti dalam perenggan-perenggan di bawah ini.

Merupakan Bintang Keberanian yang tertinggi
sekali dan paling kanan dalam senarai keutamaan. Anugerah
ini dikurniakan kepada anggota Angkatan Bersenjata dan Pasukan
Polis yang telah menunjukkan keberaniaan yang luar biasa
atau telah melakukan sesuatu dengan gagah berani dan penuh
pengorbanan. Sekurang-kurangnya dua orang menyaksikan perbuatannya.
Anugerah ini boleh dikurniakan kepada seseorang walaupun
ianya telah meninggal dunia.

Darjah Kerabat ini adalah dikhaskan
kepada Kerabat-Kerabat DiRaja sahaja. Dianugerahkan atas
perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.

Darjah Kerabat Halimi ini adalah
juga dikhaskan kepada Kerabat-Kerabat Di Raja sahaja.
Juga atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku
Sultan.

Darjah yang paling mulia dan dikurniakan
kepada mereka yang telah membuat jasa yang cemerlang
kepada negara selama beberapa waktu dengan penuh tanggungjawab.
Dikurniakan kepada mereka yang mempunyai kedudukan
yang tinggi serta berpengaruh. Darjah ini terhad kepada
tiga orang (yang hidup) sahaja dalam sesuatu masa.dan
jarang-jarang sekali dianugerahkan.

Dikurniakan kepada anggota Angkatan
Bersenjata dan Pasukan Polis yang berpangkat Pegawai
yang telah menunjukkan atau melakukan sesuatu yang
dianggap gagah dan berani yang patut diiktirafkan
iaitu taraf keberaniannya tidaklah begitu tinggi untuk
dianugerahkan bintang B.K.K.. Bintang ini boleh dikurniakan
walaupun seseorang itu telah meninggal dunia.

Darjah ini dikurniakan kepada
mereka yang tinggi taraf kedudukan serta terkenal
kerana khidmat cemerlang kepada negeri dan negara
dalam apa jua lapangan. Penerimanya akan mendapat
gelaran "DATO SERI". Darjah ini merupakan
yang paling kanan sekali. Pengurniaan darjah ini terhad
kepada 20 orang.

Darjah ini dikurniakan kepada
mereka yang tinggi taraf kedudukannya serta terkenal
kerana perkhidmatan cemerlang mereka kepada negeri
dan negara dalam apa jua lapangan. Pengurniaan darjah
ini terhad kepada 25 orang sahaja dan penerimanya
akan mendapat galaran "DATO SERI".

Darjah ini dikurniakan kepada
mereka yang tinggi taraf kedudukannya dan telah membuat
jasa cemerlang kepada negeri dan negara. Penerimanya
akan mendapat gelaran "DATO PADUKA".

Darjah Pangkat Kedua kepada Darjah
Yang Mulia Seri Mahkota dan dikurniakan kepada mereka
yang telah membuat jasa yang cemerlang kepada negeri
dan negara selama beberapa waktu, dengan penuh rasa
tanggungjawab. Dikurniakan kepada mereka yang mempunyai
kedudukan yang tinggi serta berpengaruh. Kurniaan
ini terhad kepada 100 orang sahaja. Bagi pegawai-pegawai
kerajaan, Darjah ini sesuai bagi mereka dalam Kumpulan
Pengurusan dan Profesional atau setaraf dengannya.

Darjah Pangkat Kedua kepada Darjah
Yang Mulia Seri Setia. Darjah ini dikurniakan kepada
mereka yang telah banyak membuat jasa cemerlang kepada
negeri dan negara dengan penuh rasa tanggungjawab
dan mempunyai pengaruh yang luas serta bertaraf tinggi.
Pengurniaan ini terhad kepada 150 orang sahaja. Bagi
pegawai-pegawai kerajaan, darjah ini sesuai bagi mereka
dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional atau setaraf
dengannya.

Dikurniakan kepada anggota Angkatan
Bersenjata dan Pasukan Polis yang bukan berpangkat
pegawai dan telah menunjukkan atau telah melakukan
sesuatu yang dianggap gagah dan berani yang patut
diiktiraf, akan tetapi taraf keberanian tidaklah sebegitu
tinggi untuk dianugerahkan bintang B.K.K.. Kurniaan
ini boleh dikurniakan walaupun seseorang itu telah
meninggal dunia.

Dianugerahkan kepada seseorang
yang berkhidmat dengan taat dan setia kepada Kebawah
Duli Yang Maha Mulia - (Bertugas paling rapat dengan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia). Pingat ini dianugerahkan
oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia tanpa pencalonan.

Bintang ini dikurniakan sebagai
hadiah di atas perkhidmatan cemerlang seseorang itu
yang telah berjasa dan berbakti atas perkhidmatan
yang tinggi mutunya. Telah menjalankan tugas-tugas
berlebihan daripada tugas-tugasnya. Bintang ini dikurniakan
kepada seseorang yang berpangkat pegawai atau yang
setaraf dengannya.

Bintang ini dikurniakan sebagai
hadiah di atas perkhidmatan cemerlang seseorang itu
yang telah berjasa dan berbakti atas perkhidmatan
yang tinggi mutunya. Telah menjalankan tugas-tugas
berlebihan daripada tugas-tugasnya. Bintang ini dikurniakan
kepada kumpulan sokongan dan ke bawah atau yang setaraf
dengannya.

Bintang ini dikurniakan kepada
seseorang yang telah membuat kebaktian dan banyak
jasa yang telah disumbangkan secara sukarela. Dikurniakan
kepada mereka yang bukan dalam perkhidmatan. Sekiranya
seseorang itu dalam perkhidmatan kerajaan boleh dipertimbangkan
sekiranya berkelayakkan.

Pingat ini dikurniakan kepada
seseorang yang telah menyumbangkan khidmat dan telah
menunjukkan perkhidmatan taat, setia dan berbakti
kepada negeri dan negara dalam apa jua lapangan sekali
pun.

Bintang ini dikurniakan kepada
seseorang Pegawai Kerajaan yang berpangkat "Pegawai"
yang telah berkhidmat dengan kerajaan selama 21 tahun
berturut-turut dengan syarat rekod pekerjaannya bersih.

Bintang ini dikurniakan kepada
seseorang Pegawai Kerajaan dalam kumpulan sokongan
dan ke bawah yang telah berkhidmat dengan kerajaan
selama 21 tahun berturut-turut dengan syarat rekod
pekerjaannya bersih.
|